 |
|
Want your own Fotopage?

|
|
my.point.of.view
 By: eliq sani
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
View complete fotopage
|
|
| Friday, 19-Sep-2008 14:13 |
Email | Share | Bookmark |
|
Taj Rasyad
|
|
Permata Integriti
Setelah berbulan-bulan memikirkan nama untuk anak kami, akhirnya pada hari ini aku berjaya juga mendapatkan nama yang aku rasa sesuai dengan anak lelaki aku..Korang mesti pelik, sebab biasanya couple yang expecting their first child gerenti dah dapat nama berbulan-bulan awalnye, silap haribulan, belum kawen dah ada nama...
Tapi, ntah ler..aku rase susah..sangat susah nak dapatkan nama yang aku nak...dengan makna yang aku nak...Sehingga la, satu hari sahabat baik aku, Mr Osman aka Angah, tetiba mencadangkan nama Rasyad yang bermakna integrity/wisdom...Aku terus suke nama tu disebabkan makna dia...BIla bagitau wife aku, dia pun suke gak...Cume nak cari nama depan plak...
Jadi, lepas brainstorming ade beberapa nama yang aku suke...tapi byk yg namanye ala2 kumpulan nasyid...Rayhan, Hijjaz, Emad...hehehe...Tapi yang paling aku suke actually Hijjaz..Cume apabila dikenang dan difikirkan maknanye, Hijjaz (HAruman) Rasyad (Integrity), aku rasa mcm maknanya tak sampai... Lantas, aku terus mencari dan mencari sehingga aku terjumpa dengan nama TAJ..yang membawa maksud Crown/ Gem/ Jewel....dan digabungkan dengan Rasyad membawa maksud Permata Integriti...
Harapan
Pada anak aku yang membawa nama yang berat ni, aku letakkan harapan yang amat tinggi..Harapan aku ialah menjadi seorang yang membawa maksud dan menjunjung integriti disepanjang kehidupan dia...Integriti yang meliputi segala aspek kehidupan..
Integriti bagi aku, adalah sangat luas maknanya...Cuma boleh aku kupaskan kat sini, kekuatan dan kejituan moral dalam menjadi seorang manusia yang menjalankan tugas dan tanggungjawabnya dengan sepenuh hati, ikhlas, demi kepentingan diri, agama dan ummah.. Bagi aku, sekiranya dia mempunyai integriti dalam pelajaran, pekerjaan, agama dan menunaikan tanggunjawab keluarga, aku yakin dengan sepenuh hati yang dia akan menjadi seseorang yang berjaya pada satu hari nanti.
bagi korang yang tertanya-tanya mcm mana rupa Taj, kat sini aku ader letakkan gambar Taj untuk tatapan korang...FYI, Taj sekarang masih berada kat hospital putrajaya being warded due to jaundice..tapi dia semakin sihat, cume tak cukup sihat untuk discharge..
aku harap2 sangat Taj boleh balik esok sebab aku tak sabar2 nak main2 dengan dia, amik gambar etc...
Ok le...
-abah taj-
|
|
|
|
|
View complete fotopage
|
|
|
|
 |
|
|
|